Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian IX · Warisan Kebudayaan di Bawah Air
62. Milikan, jagaan atau kawalan warisan kebudayaan di bawah air boleh alih
Feedback & supportJika didapati oleh Pesuruhjaya bahawa seseorang adalah atau mungkin pernah mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke atas apa-apa warisan kebudayaan di bawah air boleh alih atau sebahagian daripada warisan kebudayaan di bawah air Pesuruhjaya boleh, melalui notis secara bertulis kepada orang itu, menghendaki orang itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu memberikan kepadanya maklumat penuh mengenai warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu.
Jika orang itu telah terhenti mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu, orang itu hendaklah memberi Pesuruhjaya butir-butir tentang hal keadaan yang dia terhenti mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu.
WJW21/0262 Akta 645.indd 47 1/29/21 7:25 AM
48
Undang-Undang Malaysia
Jika orang itu telah memindahmilikkan milikan, jagaan atau kawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu kepada orang lain, dia hendaklah memberi Pesuruhjaya nama dan alamat orang yang kepadanya milikan, jagaan atau kawalan warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu dipindahmilikkan.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana kehendak di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.