Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian IX · Warisan Kebudayaan di Bawah Air
66. Pemunyaan warisan kebudayaan di bawah air yang dijumpai semasa pengukuran, salvaj atau penggalian
Feedback & supportMana-mana warisan kebudayaan di bawah air yang dijumpai semasa mana-mana kerja mengukur, salvaj atau penggalian hendaklah terletak hak pada Pesuruhjaya dan hendaklah disenaraikan dalam
Daftar.
Jika Pesuruhjaya mengambil milikan mana-mana warisan kebudayaan di bawah air, dia hendaklah dalam masa empat puluh lapan jam menyebabkan suatu senarai warisan kebudayaan di bawah air ditampalkan di mana-mana pejabat pelabuhan dalam daerah tempat warisan kebudayaan di bawah air itu dijumpai.
Mana-mana pemunya warisan kebudayaan di bawah air boleh, apabila membuktikan tuntutannya sehingga Pesuruhjaya berpuas hati, dalam masa satu tahun dari masa warisan kebudayaan di bawah air itu menjadi milikan Pesuruhjaya, dan apabila dibayar fi dan belanja salvaj yang kena dibayar, berhak untuk memiliki warisan kebudayaan di bawah air itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Pesuruhjaya.
Seseorang pemunya yang tidak mematuhi apa-apa terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.
Jika tiada pemunya membuktikan suatu tuntutan dalam masa satu tahun, warisan kebudayaan di bawah air itu hendaklah menjadi harta mutlak Kerajaan Persekutuan.
Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri,
Pesuruhjaya boleh memelihara warisan kebudayaan di bawah air secara in situ.
WJW21/0262 Akta 645.indd 49 1/29/21 7:26 AM
50
Undang-Undang Malaysia