Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2006Read it in English

Bahagian XI · Harta Karun

75. Pemberitahuan bagi siasatan

Feedback & support
(1)

Pegawai Daerah hendaklah menyebabkan suatu notis diberikan kepada orang yang menjumpai atau orang yang disyaki menjumpai atau pemunya atau penduduk tempat yang harta karun itu dijumpai atau orang lain yang menuntut harta karun atau mana-mana bahagiannya yang menghendaki mereka hadir sendiri di hadapan

Pegawai Daerah pada hari dan di tempat yang disebut dalam notis itu bagi maksud menyiasat untuk menentukan—

(a)

sama ada apa-apa objek atau benda ialah harta karun;

(b)

orang yang olehnya, tempat di mana, dan hal keadaan yang di bawahnya, apa-apa harta karun itu dijumpai; dan

(c)

seboleh-bolehnya orang yang olehnya, dan hal keadaan yang di bawahnya, apa-apa harta karun disembunyikan.

(2)

Hak orang yang disebut dalam subseksyen (1) ke atas harta karun jika harta karun itu dijumpai sedemikian dilucuthakkan atas kegagalan orang itu untuk hadir.

Report

Bahagian XII

Pelesenan

Bahagian XIII

Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Pelbagai

Bahagian XVII

Peruntukan Pemansuhan dan Kecualian