Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran

20. Kemasukan semula selepas pemotongan

Feedback & support
(1)

Mana-mana pengamal berdaftar yang namanya telah dipotong daripada Daftar boleh memohon supaya namanya dimasukkan semula dan hendaklah mengemukakan sebab bagi perubahan hal keadaan yang telah berlaku dari tarikh pemotongan.

(2)

Majlis boleh memerintahkan supaya nama pemohon itu dimasukkan semula atau menolak kemasukan semula nama pemohon itu dengan mengemukakan sebab bagi penolakan itu.

(3)

Selepas perintah kemasukan semula dibuat, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon tertakluk pada pembayaran fi yang ditetapkan.

(4)

Jika Majlis menolak permohonan bagi kemasukan semula, pemohon yang terkilan dengan keputusan Majlis boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan keputusan itu, merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

Report

Bahagian V

Prosiding Tatatertib

Bahagian VI

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Schedules