Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian IV · Pendaftaran
22. Perakuan amalan
Feedback & supportSeorang pengamal berdaftar yang berhasrat untuk beramal hendaklah memohon kepada Majlis bagi perakuan amalan mengikut cara yang ditentukan oleh Majlis dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
Jika Majlis meluluskan permohonan bagi perakuan amalan,
Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan amalan kepada pengamal berdaftar.
Suatu perakuan amalan adalah sah selama dua tahun.
Perakuan amalan hendaklah menyatakan alamat tempat
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 774
amalan utama dan semua tempat amalan lain pengamal berdaftar dan apa-apa perubahan kepada mana-mana alamat hendaklah diberitahu oleh pengamal berdaftar dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu kepada Pendaftar dan Pendaftar hendaklah mengendors perubahan itu.
Jika Majlis menolak permohonan di bawah subseksyen (1),
Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon.
Mana-mana orang boleh, setelah membayar fi yang ditetapkan, menentusahkan status perakuan amalan mana-mana pengamal berdaftar daripada Daftar dan penentusahan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang butir-butir yang terkandung dalamnya.
Mana-mana pengamal berdaftar yang beramal tanpa perakuan amalan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.