Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian IV · Pendaftaran
23. Pembaharuan perakuan amalan
Feedback & support(1)
Seorang pengamal berdaftar boleh memohon untuk membaharui perakuan amalannya.
(2)
Peruntukan mengenai permohonan perakuan amalan di bawah seksyen 22 hendaklah terpakai bagi permohonan pembaharuan perakuan amalan.
(3)
Jika seorang pengamal berdaftar yang perakuan amalannya telah luput bagi tempoh empat tahun atau lebih memohon untuk membaharui perakuan amalannya, dia hendaklah menjalani suatu penilaian kompetensi yang ditentukan oleh Majlis.