Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian IV · Pendaftaran
19. Perakuan hendaklah diserahkan
Feedback & support(1)
Seorang pengamal berdaftar yang namanya telah dipotong daripada Daftar di bawah perenggan 18(1)(b), (c) atau (d)
hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan pemotongan itu, menyerahkan kepada Majlis perakuan pendaftarannya.
(2)
Mana-mana pengamal berdaftar yang gagal mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.