Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2014 · As enacted
53. Penggantian seksyen 59
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 59 dengan seksyen yang berikut:
s 59“Perintah kewangan
Bagi maksud prosiding di bawah seksyen 55 atau 56, mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu perintah penalti kewangan terhadap seseorang yang daripadanya harta telah dilucuthakkan berkenaan dengan faedah yang diperoleh oleh orang itu daripada—
pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1)
atau suatu kesalahan membiayai keganasan;
harta pengganas;
hasil daripada aktiviti haram; atau
peralatan kesalahan.
Undang-Undang Malaysia 58
Mahkamah boleh, jika didapatinya wajar, menaksir nilai faedah yang diperoleh sedemikian dan mengarahkan orang itu membayar kepada Kerajaan Persekutuan suatu penalti kewangan yang bersamaan dengan amaun itu.
Jika suatu perintah pelucuthakan telah dibuat di bawah seksyen 55 atau 56 terhadap mana-mana harta yang merupakan—
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1)
atau suatu kesalahan membiayai keganasan;
harta pengganas;
hasil daripada aktiviti haram; atau
peralatan kesalahan, penalti kewangan yang kena dibayar di bawah subseksyen (2)
hendaklah dikurangkan sebanyak suatu amaun yang bersamaan dengan nilai harta itu pada masa perintah itu dibuat di bawah subseksyen (2) dan apa-apa penalti sedemikian hendaklah didapatkan kembali sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia dan tidak tertakluk kepada apa-apa tempoh had masa yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Dalam menentukan sama ada faedah itu diperoleh berbangkit daripada—
pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1)
atau suatu kesalahan membiayai keganasan;
harta pengganas;
hasil daripada aktiviti haram; atau
peralatan kesalahan, mahkamah hendaklah menggunakan standard pembuktian yang dikehendaki dalam prosiding sivil.”.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan (Pindaan)