Contents
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2014 · As enacted
54. Pindaan seksyen 60
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 60 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan memasukkan sebelum perkataan
“melepaskan” perkataan “, dengan persetujuan
Pendakwa Raya”;
(ii)
dengan menggantikan perkataan “olehnya” dengan perkataan “oleh Pendakwa Raya”; dan
(iii)
dengan menggantikan perkataan “jika dia” dengan perkataan “jika Pendakwa Raya”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Bagi maksud subseksyen (1), Pendakwa Raya boleh memberi apa-apa arahan yang bersifat sampingan atau berbangkit, atau yang perlu, bagi menguatkuasakan, atau bagi melaksanakan, pelepasan harta itu.”.