Skip to content

Seksyen 52

Seksyen 58 Akta ibu dipinda—

of Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2014

Amendment ActIn forceProvision 53 of 79
Seksyen 52

(a)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “memohon” dengan perkataan “merujuk tuntutan itu”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “Mahkamah Sesyen”

dengan perkataan “Mahkamah Tinggi”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “mahkamah”

di mana-mana jua ia terdapat dengan perkataan

“Mahkamah”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)  Dalam seksyen ini, “pembeli dengan suci hati dengan balasan berharga” ertinya mana-mana penerima pindahan, pemegang serah hak, pemegang gadaian, pemegang gadai janji, pemegang sandaran, pemegang lien, atau penerima pajakan, bagi apa-apa harta jika pemindahan, penyerahhakan, penggadaian, penggadaijanjian, penyandaran, lien, atau pemajakan itu telah didapati olehnya dengan balasan berharga yang cukup berupa wang atau nilaian wang, tanpa maklum—

(a)

bahawa harta itu ialah—

(i)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan (Pindaan)

57

kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(ii)

harta pengganas;

(iii)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(iv)

peralatan kesalahan; atau

(b)

tentang apa-apa hal keadaan yang daripadanya, jika siasatan munasabah telah dijalankan, mungkin dapat diketahui bahawa harta itu ialah—

(i)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(ii)

harta pengganas;

(iii)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(iv)

peralatan kesalahan.”.