Skip to content

Bahagian V · Penyiasatan

30. Pelantikan pegawai penyiasat

Feedback & support
(1)

Bagi maksud sesuatu penyiasatan di bawah Bahagian ini, pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh melantik pekerjanya atau mana-mana orang lain untuk menjadi pegawai penyiasat.

(2)

Seseorang pegawai penyiasat yang bukan pekerja pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, hendaklah tertakluk pada, dan menikmati hak, perlindungan dan tanggung rugi sebagaimana yang ditentukan dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi pekerja pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Seorang pegawai penyiasat hendaklah tertakluk pada arahan dan kawalan pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, yang telah memberi kuasa kepadanya untuk bertindak bagi pihaknya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Report

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules