Skip to content

Bahagian V · Penyiasatan

37. Penyerahan harta, dokumen atau maklumat

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai penyiasat boleh, melalui suatu notis bertulis, menghendaki mana-mana orang menyerahkan kepadanya apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang dia mempunyai sebab untuk mengesyaki telah digunakan dalam pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau boleh membantu dalam penyiasatan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini yang berada dalam milikan atau jagaan, atau di bawah kawalan, orang itu atau yang orang itu mempunyai kuasa untuk memberikannya.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

79

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram

(2)

Seseorang pegawai penyiasat boleh memberikan kebenaran kepada mana-mana orang untuk memeriksa harta, dokumen atau maklumat yang ditahan atau diambil milik oleh pegawai penyiasat itu di bawah subseksyen (1) jika orang itu berhak untuk memeriksa harta, dokumen atau maklumat itu di bawah Akta ini.

(3)

Seseorang yang—

(a)

tidak menyerahkan apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang dikehendaki oleh seseorang pegawai penyiasat; atau

(b)

menghalang atau menggalang seseorang pegawai penyiasat semasa menjalankan apa-apa kuasanya di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

Report

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules