Skip to content

Seksyen 14

Pengecualian bagi aktiviti mencarigali atau melombong dan perlunya membuat laporan

of Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984

ActIn forceProvision 14 of 71
Seksyen 14
(1)

Untuk mengelakkan keraguan, ungkapan ―mengeluar‖

dan ―pengeluaran‖ dalam Akta ini berhubungan dengan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan tidak termasuk sama ada aktiviti mencarigali atau melombong apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan.

Aktiviti ini hendaklah dikawal oleh undang-undang relevan yang berhubungan dengan perlombongan.

(2)

Mana-mana orang yang, pada menjalankan sama ada aktiviti mencarigali atau melombong atau kedua-duanya, menemui, menjumpai atau memperolehi apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan hendaklah dengan segera melaporkan hal itu secara bertulis kepada

Lembaga dan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh Lembaga dalam perkara itu, yang adalah arahan yang tidak bercanggah dengan undang-undang relevan yang berhubungan dengan perlombongan.