Atomic Energy Licensing Act 1984 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Kawalan dan Pelesenan
17. Syarat lesen
Feedback & supportLesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa berkenaan, dan pihak berkuasa itu juga boleh menambah, mengubah atau membatalkan syarat yang dikenakannya itu pada bila-bila masa.
Pelesenan Tenaga Atom 19
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), suatu lesen yang disebutkan dalam pengelasan lesen boleh dihadkan kepada bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan daripada jenis atau jenis-jenis tertentu, atau boleh dihadkan kepada maksud diagnosis atau terapeutik tertentu, yang terhad jenis dan keadaannya; dan suatu lesen yang dikeluarkan bagi radas penyinaran boleh dihadkan kepada jenis atau jenis-jenis tertentu atau boleh dihadkan kepada maksud diagnosis atau terapeutik tertentu yang terhad jenis dan keadaannya.