Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Special Provisions) Act 1978 · Updated to 1 Nov 2015 · Bahagian II · Lembaga Pengarah dan Pentadbiran
10. Section 10
Feedback & supportBank boleh, jika Lembaga berpuas hati bahawa perlu dan kepentingan Bank atau kepentingan awam untuk berbuat demikian, memulakan apa-apa prosiding sebagaimana yang difikirkannya patut bagi mendapatkan ganti rugi kerana apa-apa fraud, kecurangan, atau salah laku lain, berhubung dengan pengurusan hal ehwal Bank, yang
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 202
dilakukan oleh mana-mana orang sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini, atau bagi mendapatkan apa-apa harta Bank yang telah disalahgunakan atau disimpan secara salah oleh mana-mana orang.
Tiada pengarah boleh bertanggungan sendiri terhadap apa-apa kos atau perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan apa-apa prosiding yang dimulakan menurut seksyen ini.
Subseksyen (1) tidak menjejaskan apa-apa hak lain Bank untuk memulakan prosiding bagi apa-apa maksud.