Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Special Provisions) Act 1978 · Updated to 1 Nov 2015 · Bahagian II · Lembaga Pengarah dan Pentadbiran
13. Perlindungan berkenaan dengan perbuatan yang dilakukan menurut Akta ini
Feedback & supportTiada apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan, atau apa-apa jua pun prosiding lain boleh diambil atau dibawa atau dimulakan terhadap Menteri, Menteri Kewangan, Kerajaan, atau mana-mana pengarah berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau yang berupa sebagai dilakukan menurut atau bertujuan menurut Akta ini, Akta Koperasi 1993, kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, atau undang-undang kecil Bank.