Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2015Read it in English

Bahagian II · Lembaga Pengarah dan Pentadbiran

7. Penurunan hak dan liabiliti

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai

Lembaga Pengarah Bank yang dibentuk dengan sewajarnya di bawah

Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil Bank dan berhak untuk menjalankan segala kuasa Lembaga Pengarah Bank, sama ada kuasa itu didapati daripada Akta Koperasi 1993, kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, atau undang-undang kecil Bank; dan apa-apa sebutan mengenai Lembaga Pengarah Bank dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai Lembaga.

(2)

Tertakluk kepada Akta ini, segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, ialah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga yang dahulu hendaklah, mulai dari permulaan kuat kuasa Akta ini, turun kepada Lembaga.

Report

Bahagian III

Urusan yang Dibenarkan dan Sekatan Mengenai Urusan

Bahagian IV

Pengawasan dan Kawalan

Bahagian V

Kumpulan Wang Rizab Statutori, Akaun, dan Audit

Bahagian VI

Schedules