Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2015Read it in English

Bahagian II · Lembaga Pengarah dan Pentadbiran

9. Pengemukaan butir-butir oleh pengarah yang dahulu

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh dari semasa ke semasa menghendaki mana-mana pengarah yang dahulu supaya mengemukakan kepadanya, dalam masa yang dibenarkannya, suatu pernyataan yang ditandatangani mengenai butir-butir berkenaan dengan apa-apa

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 13

perkara yang ditentukan oleh Lembaga yang berhubungan dengan hal ehwal Bank termasuk perkara yang berhubungan dengan—

(a)

aset Bank;

(b)

hutang dan liabiliti Bank;

(c)

hutang dan liabiliti yang terhutang kepada Bank;

(d)

pemiutang dan penghutang Bank.

(2)

Mana-mana pengarah yang dahulu yang, tanpa sebab yang munasabah—

(a)

tidak mengemukakan kepada Lembaga dalam masa yang dibenarkan oleh

Lembaga itu suatu pernyataan sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) dan ditandatangani olehnya; atau

(b)

dalam mengemukakan suatu pernyataan, tidak menyatakan butir-butir mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga atau meninggalkan daripada menyatakan butir-butir tertentu yang dikehendaki oleh Lembaga; atau

(c)

mengemukakan suatu pernyataan yang mengandungi apa-apa butiran yang tidak betul atau tidak benar, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

Kuasa Bank untuk memulakan prosiding bagi mendapatkan ganti rugi dan harta

Report

Bahagian III

Urusan yang Dibenarkan dan Sekatan Mengenai Urusan

Bahagian IV

Pengawasan dan Kawalan

Bahagian V

Kumpulan Wang Rizab Statutori, Akaun, dan Audit

Bahagian VI

Schedules