Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian III · Keanggotaan Bank

11. Mesyuarat Lembaga

(1)

Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat Lembaga seberapa kerap yang dikehendaki tetapi tidak kurang kerapnya daripada sekali sebulan.

(2)

Pengerusi, atau jika dia tidak hadir, Timbalan Pengerusi, hendaklah mempengerusikan tiap-tiap mesyuarat Lembaga. Jika kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, ahli Lembaga hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk bertindak sebagai Pengerusi.

(3)

Mana-mana tiga orang ahli boleh meminta diadakan sesuatu mesyuarat Lembaga.

(4)

Empat orang ahli Lembaga yang hadir pada sesuatu mesyuarat

Lembaga mencukupkan kuorum.

(5)

Segala keputusan dalam sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah mengikut undi lebih suara pengarah yang hadir dan yang mengundi:

Dengan syarat bahawa jika atas sesuatu soal bilangan undi didapati sama banyaknya, Pengerusi atau orang yang mempengerusikan mesyuarat itu berhak memberikan suatu undi pemutus.

Report

Bahagian IV

Pegawai dan Pekerja Bank

Bahagian V

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Penjalanan Urusan Bank

Bahagian VI

Peruntukan Kewangan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peralihan