Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Keanggotaan Bank
9. Pelantikan dan kewajipan Ketua Eksekutif
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri hendaklah, selepas berunding dengan Pengerusi Lembaga, melantik seorang Ketua Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
Ketua Eksekutif—
(Dipotong oleh Akta A1389);
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 146
hendaklah bertanggungjawab kepada
Lembaga terhadap pentadbiran dan pengurusan Bank yang sempurna, mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga;
boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, memberikan keputusan dan menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Bank; dan
adalah bertanggungjawab kepada Lembaga terhadap perbuatan dan keputusannya.
Ketua
Eksekutif hendaklah menumpukan seluruh masa profesionalnya kepada perkhidmatan Bank:
Dengan syarat bahawa dia boleh, jika dilantik sedemikian dan dengan kelulusan Menteri, menjadi—
seorang pengarah, gabenor atau ahli lembaga (dengan apa jua nama disebut) bagi sesuatu bank simpanan antarabangsa atau institusi yang seumpamanya yang bercorak antarabangsa;
seorang pengarah bagi sesuatu perbadanan atau institusi di dalam Malaysia,yang dalamnya Bank mungkin mempunyai kepentingan; atau
seorang pengarah atau ahli lembaga pengurus (dengan apa jua nama disebut) bagi sesuatu pihak berkuasa atau badan awam.
Bahagian IV
Pegawai dan Pekerja Bank
Bahagian V
Peruntukan yang Berhubungan Dengan Penjalanan Urusan Bank
Bahagian VI
Peruntukan Kewangan
Bahagian VII
Bahagian VIII