Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian III · Keanggotaan Bank

11A. Jawatankuasa Lembaga

(1)

Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan tujuan dan kuasanya di bawah Akta ini.

(2)

Lembaga boleh memilih seseorang anggota Lembaga untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

(3)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkandi bawah subseksyen (1).

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

(5)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis satu bulan secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga.

(7)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

(8)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Report

Bahagian IV

Pegawai dan Pekerja Bank

Bahagian V

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Penjalanan Urusan Bank

Bahagian VI

Peruntukan Kewangan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peralihan