Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Keanggotaan Bank
Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Keanggotaan Bank
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pengarah yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan mengenai sesuatu syarikat atau pengusahaan yang dengannya Bank bercadang hendak membuat sesuatu kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan mengenai kontrak atau perkara yang dibincangkan oleh Bank hendaklah menzahirkan jenis kepentingannya dalam mesyuarat pertama
Lembaga yang dihadirinya selepas fakta yang berkaitan itu diketahui olehnya.
Sesuatu penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, selepas penzahiran itu, pengarah itu—
tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangan atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu; dan
tidak boleh diambil kira bagi maksud mencukupkan kuorum
Lembaga untuk pertimbangan atau keputusan itu.
Tiada apa-apa perbuatan atau prosiding Lembaga boleh dipersoalkan atas alasan bahawa seseorang pengarah telah melanggar peruntukan seksyen ini.
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VIII