Bank Simpanan Nasional Act 1974 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Keanggotaan Bank
13. Meterai perbadanan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bank hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu
Bank Simpanan Nasional 17
boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap yang mengandungi perkataan “Bank Simpanan Nasional” atau “National
Savings Bank” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara yang lain yang memerlukan meterai Bank hendaklah dimeteraikan dengan meterai Bank di hadapan Pengerusi dan Ketua Eksekutif atau beberapa orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga untuk bertindak bagi maksud itu, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen dan surat cara lain itu yang dicapkan dengan meterai itu dan tandatangan itu adalah bukti yang cukup bahawa meterai telah dicapkan dengan sempurna dan sewajarnya dan bahawa meterai ialah meterai yang sah di sisi undang-undang bagi Bank.
Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki supaya dimeteraikan boleh dengan cara demikian disempurnakan oleh Bank;
dan sesuatu dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak
Bank oleh seseorang pegawai atau pekerja Bank yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.
Bahagian IV
Pegawai dan Pekerja Bank
Bahagian V
Peruntukan yang Berhubungan Dengan Penjalanan Urusan Bank
Bahagian VI
Peruntukan Kewangan
Bahagian VII
Bahagian VIII