Skip to content

Seksyen 5

of Akta Bank 1973

ActIn forceProvision 5 of 65

Seksyen 5

(1)

Tiada sesuatu bank boleh diberi sesuatu lesen di bawah seksyen 3 dan juga tiada sesuatu bank yang diberi lesen di bawah seksyen itu boleh menjalankan perniagaan di Persekutuan tanpa kebenaran bertulis Menteri jika—

(a)

mengenai sesuatu bank yang diperbadankan di Persekutuan, wang modalnya yang tidak tercacat oleh kerugian atau lain-lain adalah kurang daripada dua juta ringgit Malaysia;

(b)

mengenai sesuatu bank yang diperbadankan di luar Persekutuan—

(i)

wang modalnya yang tidak tercacat oleh kerugian atau lain-lain adalah kurang daripada lima juta ringgit Malaysia; dan

(ii)

ia memegang wang kerja bersih di Persekutuan, yang tidak tercacat oleh kerugian atau lain-lain sebanyak kurang daripada dua juta ringgit Malaysia.

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen ini—

"wang kerja bersih" berkenaan dengan sesuatu bank yang diperbadankan di luar Persekutuan ertinya tanggungantanggungan bersih cawangan-cawangan dan pejabatpejabatnya di Persekutuan kepada cawangan-cawangan dan pejabat-pejabatnya di luar Persekutuan dikira mengikut apa-apa cara yang ditetapkan dengan pemberitahu bertulis dari semasa ke semasa oleh Bank Negara;

"wang modal" ertinya dan termasuklah modal yang dibayar dan rizab.