Seksyen 8
ActIn forceProvision 9 of 65
Seksyen 8
(1)
Tiap-tiap bank berlesen di Persekutuan hendaklah membayar kepada Bank Negara bayaran lesen tahunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta atas syor Bank Negara.
(2)
Menteri boleh menetapkan bayaran lesen yang berlainan bagi bank-bank yang berlainan menurut saiz atau tempat letaknya bank-bank atau kedua-duanya, saiz diukur mengikut bilangan cawangan, tanggungan deposit atau modal atau apa-apa campuran daripadanya.