Seksyen 9
Seksyen 9
Kecuali dengan persetujuan bertulis dari Menteri—
seseorang atau sesuatu kumpulan orang yang bukan suatu bank berlesen tidak boleh memakai atau menggunakan berhubung dengan perniagaan atau mana-mana bahagian perniagaan yang dijalankan oleh orang atau kumpulan orang itu perkataan "bank" atau mana-mana daripada terbitannya atau apa-apa perkataan yang menunjukkan penjalanan perniagaan bank, samada dalam Bahasa Kebangsaan atau bahasa Inggeris atau dalam apa-apa bahasa lain;
(b)
tiada sesuatu bank boleh kemudian daripada ini diberi lesen atas suatu nama yang termasuk manamana daripada perkataan "Negara", "Komanwel" "Persekutuan" sebagai kata sifat, "Persekutuan", "Malaysia", "Malaysia" sebagai kata sifat, "Kebangsaan", "Rizab" atau "Negeri" samada dalam Bahasa Kebangsaan atau bahasa Inggeris atau dalam apa-apa bahasa lain.
(2)
Seseorang yang bertindak dengan melanggar perenggan (a) seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dipakai bagi mana-mana persatuan bank atau persatuan pekerja-pekerja bank yang ditubuhkan bagi memajukan kepentingan bersama mereka.