Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian X · Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen

71. Section 71

(1)

Bagi maksud-maksud sesuatu pemeriksaan di bawah seksyen 69 atau 70, institusi berlesen yang sedang diperiksa dan pengarah-pengarah serta pegawai-pegawainya hendaklah membenarkan mana-mana orang yang menjalankan pemeriksaan itu akses kepada segala bukunya atau dokumen lain dan akaunnya; termasuk dokumen-dokumen hakmilik kepada asetetnya, semua cagaran yang dipegang olehnya berkenaan dengan transaksi pelanggan-pelanggannya, segala wang tunainya, dan kepada segala dokumen, maklumat dan kemudahan sebagaimana yang dikehendaki oleh orang itu bagi maksud pemeriksaan itu, dan hendaklah mengemukakan kepada orang itu segala buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, cagaran atau wang tunai dan memberi segala maklumat sebagaimana yang dikehendakinya:

Dengan syarat bahawa, setakat yang konsisten dengan penjalanan pemeriksaan itu, buku atau dokumen, akaun, hakmilik, cagaran dan wang tunai itu tidaklah dikehendaki dikemukakan pada masa atau di tempat yang mungkin mengganggu penjalanan yang patut akan perniagaan harian biasa institusi atau pejabat itu.

(2)

Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1), mana-mana orang yang dibenarkan oleh Bank secara bertulis bagi maksud ini boleh mengambil milik apa-apa buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, cagaran atau wang tunai yang dia mempunyai akses kepadanya di bawah subseksyen (1) jika pada pendapat orang itu—

(a)

pemeriksaannya, penyalinannya, atau pembuatan cabutan daripadanya, tidak dapat diusahakan dengan munasabahnya tanpa mengambil miliknya;

(b)

ia mungkin diganggu atau dimusnahkan melainkan jika dia mengambil miliknya; atau

(c)

ia mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding undang-undang, sama ada civil atau jenayah, yang mungkin dimulakan di bawah atau berkaitan dengan Akta ini, Ordinan atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

(3)

Tiada institusi berlesen, dan tiada pengarah atau pegawai institusi berlesen, boleh—

(a)

gagal—

(i)

membenarkan akses kepada;

(ii)

memberi milikan; atau

(iii)

mengemukakan, bukunya atau dokumen lain, akaun, hakmilik, cagaran atau wang tunai; atau

(b)

gagal memberi maklumat atau kemudahan, mengikut subseksyen (1) dan (2).

Report

Bahagian XI

Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan

Bahagian XII

Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan

Bahagian XIII

Maklumat dan Perahsiaan

Bahagian XIV

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules