Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian X · Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen

74. Section 74

(1)

Seseorang yang dilantik oleh Bank di bawah seksyen 73 (1) (D) (ii), (E), atau (2) (a) hendaklah dilantik bagi apa-apa tempoh yang diputuskan oleh Bank, yang tidak melebihi, dalam apa-apa jua hal, dua tahun, tetapi boleh dilantik semula bagi tiga tempoh lagi yang berturut-turut tidak melebihi satu tahun setiap satunya, dan hendaklah, di sepanjang tempoh perlantikan atau perlantikan semula itu, memegang jawatannya mengikut kehendak Bank.

(2)

Terma-terma dan syarat-syarat sesuatu perlantikan yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada perintah yang di bawahnya perlantikan itu dibuat, dan kepada subseksyen (1), diputuskan oleh Bank dan hendaklah mengikat institusi berlesen berkenaan.

(3)

Perlantikan pengarah atau pengarah-pengarah di bawah seksyen 73 (1) (D) (ii) tidaklah menjejaskan mana-mana peruntukan dokumen konstituen yang membolehkan institusi berlesen itu mempunyai pengarah-pengarah tambahan jika bilangan pengarah yang dibenarkan di bawah dokumen-dokumen konstituen belum lagi mencapai atau melebihi bilangan maksimum dengan perlantikan atau perlantikan-perlantikan di bawah seksyen 73 (1) (D) (ii).

(4)

Seseorang yang memegang apa-apa jawatan sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen (1) tidaklah boleh menanggung apa-apa obligasi atau liabiliti semata-mata oleh sebab dia memegang jawatan itu.

(5)

Jika seseorang penerima atau pengurus telah dilantik berkenaan dengan sesuatu institusi berlesen oleh Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 73 (2) (b), maka segala kos, caj dan perbelanjaan yang patut, termasuk saraan, penerima atau pengurus itu hendaklah kena dibayar daripada aset-aset institusi berlesen itu dengan diberi kedahuluan daripada segala tuntutan lain.

Report

Bahagian XI

Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan

Bahagian XII

Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan

Bahagian XIII

Maklumat dan Perahsiaan

Bahagian XIV

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules