Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian X · Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen
75. Section 75
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana pegawai atau pengarah yang dipecat daripada jawatan dalam sesuatu institusi berlesen di bawah seksyen 73 (1) (C) atau (D) (i) hendaklah terhenti memegang jawatan yang dia dipecat daripadanya mulai dari tarikh yang diterangkan dalam perintah itu, dan tidaklah boleh selepas itu memegang apa-apa jua pun jawatan lain dalam institusi berlesen itu atau, dengan apa-apa jua cara, sama ada secara langsung atau secara tak langsung, bersangkutpaut dengan, atau mengambil bahagian atau terlibat dalam, apa-apa aktiviti, hal-ehwal atau perniagaan institusi berlesen itu.
Pemecatan seseorang pegawai atau pengarah di bawah seksyen 73 (1) (C) atau (D) (i) adalah menurut undang-undang dan sah walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kontrak perkhidmatan atau lain-lain kontrak atau perjanjian, sama ada nyata atau tersirat, sama ada secara individu atau kolektif, dan sama ada dibuat atau diperuntukkan ataupun tidak di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan seseorang yang dipecat sedemikian daripada jawatan tidaklah berhak untuk menuntut apa-apa pampasan kerana kehilangan atau penamatan jawatan itu.
Bahagian XI
Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan
Bahagian XII
Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Bahagian XIII
Maklumat dan Perahsiaan
Bahagian XIV
Kesalahan-Kesalahan
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI