Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian X · Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen
77. Section 77
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen-dokumen konstituen sesuatu institusi berlesen, jika Bank, atau orang dilantik, telah, menurut suatu perintah di bawah seksyen 73 (2) (a), mengambil alih kawalan institusi berlesen itu dan modal berbayar institusi itu telah kerugian atau tidak digambarkan oleh aset-aset yang ada, Bank atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah bagi mengurangkan modal syer institusi berlesen tersebut dengan membatalkan apa-apa bahagian modal berbayarnya yang telah kerugian atau tidak digambarkan oleh aset-aset yang ada.
Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) untuk mengurangkan modal syer sesuatu institusi berlesen, maka Mahkamah boleh—
atas permohonan Bank, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
jika, apabila habisnya tempoh tiga puluh hari dari tarikh apa-apa panggilan yang dibuat oleh institusi berlesen kepada anggota-anggotanya supaya membayar syer mereka masing-masing, pembayaran bagi apa-apa syer tersebut belum lagi dibuat, juga memerintahkan supaya syer-syer tersebut yang pembayarannya belum lagi dibuat dikenselkan dengan sewajarnya.
Jika modal syer sesuatu institusi berlesen dikurangkan menurut subseksyen (1), atau mana-mana syernya telah dikenselkan menurut subseksyen (2), maka Bank, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menyebabkan dokumen-konstituen institusi itu diubahpinda dengan sewajarnya.
Kuasa-kuasa yang diberikan kepada Bank dan orang dilantik di bawah peruntukan-peruntukan yang disebut di atas dalam seksyen ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa yang boleh dijalankan di bawah seksyen 64 (1) Akta Syarikat 1965, dan jika sesuatu permohonan dibuat kepada Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1)—
Mahkamah Tinggi boleh menjalankan manamana kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 64 Akta Syarikat 1965 berhubungan dengan sesuatu permohonan bagi pengesahan yang disebutkan di dalamnya; dan
subseksyen (9) dan (10) seksyen 64 tersebut hendaklah terpakai berhubungan dengannya.
Bahagian XI
Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan
Bahagian XII
Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Bahagian XIII
Maklumat dan Perahsiaan
Bahagian XIV
Kesalahan-Kesalahan
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI