Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian X · Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen
81. Section 81
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika sesuatu institusi berlesen menjadi tak berupaya untuk menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya, atau menggantung bayaran kepada apa-apa takat, maka harta-harta institusi itu di Malaysia hendaklah tersedia ada untuk menunaikan semua liabiliti institusi itu berkenaan dengan deposit-deposit di Malaysia dengan diberi kedahuluan daripada semua liabiliti lain institusi itu di Malaysia.
Dalam memutuskan jumlah liabiliti sesuatu institusi berlesen kepada seseorang di bawah subseksyen (1), tiada perkiraan boleh diambil berkenaan dengan sesuatu deposit jika ia telah dibuat dengan institusi itu, atau yang diterima oleh institusi itu, berlanggaran dengan Akta ini selepas tarikh berkuatkuasa, atau jika ia telah selainnya dibuat atau diterima dengan menyalahi undang-undang sama ada sebelum atau selepas tarikh berkuatkuasa.
Dalam memutuskan jumlah liabiliti sesuatu institusi berlesen kepada seseorang di bawah subseksyen (1), maka hendaklah dipotongkan apa-apa hak tolakan yang telah wujud sebelum sahaja peruntukan-peruntukan subseksyen (1) menjadi terpakai baginya.
Peruntukan-peruntukan seksyen ini hendaklah mempunyai kuatkuasa walau apa pun apa-apa jua yang tak konsisten dengannya atau berlawanan dengannya dalam mana-mana undang-undang bertulis selain daripada Akta ini, atau dalam mana-mana hukum undang-undang.
Bahagian XI
Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan
Bahagian XII
Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Bahagian XIII
Maklumat dan Perahsiaan
Bahagian XIV
Kesalahan-Kesalahan
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI