Skip to content

Seksyen 22

Penubuhan pasukan keselamatan Pelabuhan

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 26 of 110
Seksyen 22
(1)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, menubuhkan suatu pasukan keselamatan untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan dalam kawasan yang terletak hak atau disifatkan sebagai terletak hak pada Lembaga atau yang dimiliki atau dikawal oleh

Lembaga.

(2)

Pasukan keselamatan hendaklah terdiri daripada orang yang dilantik di bawah subseksyen 21(1).

(3)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang anggota pasukan keselamatan adalah mempunyai kuasa untuk menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dijumpai tanpa sebab yang sah dalam kawasan yang terletak hak pada Lembaga atau yang dimiliki atau dikawal oleh Lembaga.

(4)

Tiap-tiap orang yang ditangkap menurut subseksyen (3)

hendaklah dibawa ke balai polis yang terdekat dengan seberapa segera yang boleh.

(5)

Apa-apa kaedah yang dibuat di bawah seksyen 24 hendaklah terpakai bagi anggota pasukan keselamatan yang ditubuhkan di bawah seksyen ini melainkan jika mereka itu dikecualikan dengan nyatanya dalam kaedah itu.