Seksyen 26
of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
Seksyen 26
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah dipakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau pembicaraan terhadap Lembaga, atau agen Lembaga, atau terhadap mana-mana ahli, pegawai, pekhidmat atau agen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau kemungkiran yang dilakukan olehnya atas sifat tersebut itu.
(2)
Tiada apa-apa hal atau perkara yang dilakukan dan tiada apa-apa kontrak yang dibuat oleh Lembaga dan tiada apa-apa hal atau perkara yang dilakukan oleh ahli, pegawai, penjawat atau agen
Lembaga yang bertindak di bawah arahan Lembaga boleh, jika hal atau perkara itu telah dilakukan atau kontrak yang dibuat secara bona fide bagi maksud Akta ini, mengenakan ahli, pegawai, pekhidmat atau agen itu secara peribadi kepada apa-apa tindakan, tanggungan, tuntutan atau permintaan mengenainya, dan belanja yang dilakukan oleh Lembaga atau ahli, pegawai, pekhidmat atau agen itu berhubung dengannya itu hendaklah dibayar daripada wang Lembaga.