Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian III · Kelulusan bagi Pelepasan dan Import
Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian III · Kelulusan bagi Pelepasan dan Import
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa aktiviti pelepasan, atau apa-apa pengimportan organisma diubah suai yang hidup, atau kedua-duanya tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada
Lembaga.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VII