Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian III · Kelulusan bagi Pelepasan dan Import
15. Section 15
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apabila menerima suatu permohonan yang dirujuk kepadanya di bawah perenggan 14(a), Jawatankuasa Penasihat hendaklah menilai permohonan itu bagi maksud membuat syor kepada
Lembaga tentang sama ada atau tidak permohonan itu sepatutnya diluluskan, dan terma dan syarat yang hendaklah dikenakan oleh
Lembaga, jika ada.
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu,
Jawatankuasa Penasihat boleh meminta maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan daripada pemohon melalui Ketua Pengarah.
Jika mana-mana pemohon gagal untuk memberikan, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah, apa-apa maklumat, butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), permohonannya atau permohonan pertubuhan
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
perbadanan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan suatu permohonan yang baru dibuat.
Sebaik sahaja
Jawatankuasa
Penasihat menyiapkan penilaiannya ke atas permohonan itu, Jawatankuasa Penasihat hendaklah mengemukakan syornya tentang permohonan itu kepada
Lembaga.
Bahagian IV
Pemberitahuan bagi Eksport, Kegunaan Terkawal dan Import bagi Kegunaan Terkawal
Bahagian V
Laporan Penilaian Risiko dan Pengurusan Risiko dan Pelan Gerak Balas Kecemasan
Bahagian VI
Penguatkuasaan
Bahagian VII