Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian III · Kelulusan bagi Pelepasan dan Import
13. Permohonan bagi mendapatkan kelulusan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Sesuatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan apa-apa aktiviti pelepasan, atau apa-apa pengimportan organisma diubah suai yang hidup, atau kedua-duanya hendaklah dikemukakan kepada Ketua
Pengarah mengikut cara yang ditetapkan, bersama-sama dengan fi yang ditetapkan, dan hendaklah disertakan dengan—
suatu laporan penilaian risiko dan pengurusan risiko sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 36;
suatu pelan gerak balas kecemasan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 37; dan
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dinyatakan oleh
Lembaga.
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon supaya memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua
Pengarah.
Jika mana-mana pemohon gagal untuk memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), permohonannya atau permohonan pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan suatu permohonan yang baru dibuat.
Biokeselamatan 19
Ketua Pengarah hendaklah merujuk permohonan kepada
Jawatankuasa Penasihat, dsb.
Bahagian IV
Pemberitahuan bagi Eksport, Kegunaan Terkawal dan Import bagi Kegunaan Terkawal
Bahagian V
Laporan Penilaian Risiko dan Pengurusan Risiko dan Pelan Gerak Balas Kecemasan
Bahagian VI
Penguatkuasaan
Bahagian VII