Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian III · Kelulusan bagi Pelepasan dan Import
Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian III · Kelulusan bagi Pelepasan dan Import
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika sesuatu kelulusan telah diberikan kepada orang yang diluluskan bagi suatu aktiviti pelepasan yang melibatkan mana-mana organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian atau pengimportan organisma diubah suai yang hidup, kelulusan itu adalah sah bagi aktiviti pelepasan yang serupa yang berikutnya yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang sama atau pengimportan yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup yang sama yang dijalankan oleh orang yang diluluskan itu.
Peruntukan subseksyen (1) tidak sama sekali membebaskan orang yang diluluskan itu daripada mematuhi undang-undang bertulis
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
lain yang mengawal organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang sama.
Dalam seksyen ini, “organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang sama” ertinya organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang diperihalkan dalam kelulusan dan melibatkan kejadian transformasi yang sama.
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VII