Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2019Read it in English
Contents

Bahagian III · Kelulusan bagi Pelepasan dan Import

19. Hal keadaan yang Lembaga boleh membuat perintah selanjutnya apabila diluluskan

(1)

Walau apa pun kuasa Lembaga untuk mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen 18(2), Lembaga boleh membatalkan kelulusan, membuat perintah pemberhentian sementara, mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan, memerintahkan orang yang diluluskan untuk membuat pembetulan, atau membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut demi kepentingan biokeselamatan oleh Lembaga dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

jika terdapat risiko ditimbulkan kepada kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan, alam sekitar atau kepelbagaian biologi;

(b)

jika orang yang diluluskan itu gagal mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dikenakan ke atas kelulusan itu;

(c)

jika orang yang diluluskan itu gagal mematuhi mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga;

(d)

jika orang yang diluluskan itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sama ada atau tidak pendakwaan telah dimulakan terhadapnya; atau

(e)

jika orang yang diluluskan itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Jika Lembaga membatalkan sesuatu kelulusan, orang yang diluluskan itu hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan pembatalan itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan itu kepada Lembaga.

(3)

Jika Lembaga membuat suatu perintah pemberhentian sementara, orang yang diluluskan itu hendaklah menghentikan semua

Biokeselamatan 25

aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dan hasilan organisma sedemikian dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan perintah pemberhentian itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan itu kepada Lembaga dan

Lembaga hendaklah mengendorskan hakikat dan tempoh pemberhentian sementara itu pada perakuan kelulusan itu dan mengembalikan perakuan itu kepada orang yang diluluskan.

(4)

Jika Lembaga mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan orang yang diluluskan itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari pemberitahuan pengenaan terma dan syarat tambahan itu, menyerahkan balik perakuan kelulusan itu kepada Lembaga dan

Lembaga hendaklah mengendorskan terma dan syarat tambahan itu pada perakuan kelulusan itu dan mengembalikan perakuan itu kepada orang yang diluluskan.

(5)

Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) atau melanggar subseksyen (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

Report

Bahagian IV

Pemberitahuan bagi Eksport, Kegunaan Terkawal dan Import bagi Kegunaan Terkawal

Bahagian V

Laporan Penilaian Risiko dan Pengurusan Risiko dan Pelan Gerak Balas Kecemasan

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules