Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian IV · Pemberitahuan bagi Eksport, Kegunaan Terkawal dan Import bagi Kegunaan Terkawal
Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian IV · Pemberitahuan bagi Eksport, Kegunaan Terkawal dan Import bagi Kegunaan Terkawal
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang bercadang untuk mengeksport organisma diubah suai yang hidup hendaklah mematuhi kehendak negara pengimport tentang pengimportan organisma diubah suai yang hidup dan hendaklah memaklumkan kepada Lembaga kehendak itu, jika ada, dan pematuhannya atau pematuhan pertubuhan perbadanan dengan kehendak itu mengikut cara yang ditetapkan dan disertakan dengan fi yang ditetapkan.
Maklumat yang diberikan di bawah subseksyen (1) adalah merupakan pemberitahuan yang mencukupi bagi maksud perenggan 22(1)(a).
Pematuhan subseksyen (1) tidak sama sekali membebaskan orang itu daripada mematuhi undang-undang bertulis lain yang mengawal eksport dan perdagangan asing.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VII