Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2019Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberitahuan bagi Eksport, Kegunaan Terkawal dan Import bagi Kegunaan Terkawal

26. Langkah-langkah khusus yang hendaklah diambil dalam kegunaan terkawal

(1)

Mana-mana orang yang diluluskan yang menjalankan suatu aktiviti kegunaan terkawal hendaklah mengambil mana-mana langkah khusus yang disebut dalam perenggan 24(b) dan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga.

(2)

Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Report

Bahagian V

Laporan Penilaian Risiko dan Pengurusan Risiko dan Pelan Gerak Balas Kecemasan

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules