Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2019Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberitahuan bagi Eksport, Kegunaan Terkawal dan Import bagi Kegunaan Terkawal

32. Kajian semula pemberitahuan apabila mendapat maklumat baru

(1)

Lembaga boleh, selepas berunding dengan Jawatankuasa

Penasihat, mengkaji semula mana-mana pemberitahuan pada bila-bila masa apabila menerima maklumat atau keterangan baru tentang organisma diubah suai yang hidup yang berhubungan dengan pemberitahuan itu.

(2)

Apabila mengkaji semula, jika terdapat risiko ditimbulkan kepada kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan, alam sekitar atau kepelbagaian biologi, Lembaga boleh mengambil mana-mana tindakan yang berikut:

(a)

membuat suatu perintah pemberhentian;

(b)

mengenakan terma dan syarat tambahan;

(c)

memerintahkan orang yang diluluskan itu untuk membuat pembetulan; atau

(d)

membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga demi kepentingan biokeselamatan.

(3)

Jika Lembaga membuat perintah pemberhentian, orang yang diluluskan itu hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan perintah pemberhentian itu, menyerahkan balik pengakuterimaan pengemukaan pemberitahuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 25 kepada

Lembaga.

(4)

Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar mana-mana perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (2) atau melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Report

Bahagian V

Laporan Penilaian Risiko dan Pengurusan Risiko dan Pelan Gerak Balas Kecemasan

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules