Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2019Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberitahuan bagi Eksport, Kegunaan Terkawal dan Import bagi Kegunaan Terkawal

29. Jawatankuasa Penasihat hendaklah membuat syor tentang pemberitahuan

(1)

Apabila menerima pemberitahuan di bawah seksyen 28,

Jawatankuasa Penasihat hendaklah menilai pemberitahuan itu bagi maksud membuat syor kepada Lembaga tentang sama ada atau tidak aktiviti yang berhubungan dengan pemberitahuan itu patut diteruskan, dan terma dan syarat yang hendaklah dikenakan oleh Lembaga, jika ada.

(2)

Pada bila-bila masa selepas menerima pemberitahuan itu,

Jawatankuasa Penasihat boleh meminta maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan melalui Ketua Pengarah.

(3)

Jika mana-mana orang yang diluluskan gagal untuk memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), pengakuterimaan yang dikeluarkan kepadanya atau pertubuhan perbadanan di bawah seksyen 25 hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan pemberitahuan yang baru dikemukakan.

(4)

Apabila membuat suatu penilaian terhadap pemberitahuan itu,

Jawatankuasa Penasihat hendaklah mengemukakan syornya tentang pemberitahuan itu kepada Lembaga.

Report

Bahagian V

Laporan Penilaian Risiko dan Pengurusan Risiko dan Pelan Gerak Balas Kecemasan

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules