Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2019Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberitahuan bagi Eksport, Kegunaan Terkawal dan Import bagi Kegunaan Terkawal

31. Lembaga boleh menghendaki maklumat tambahan

(1)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, selepas menjalankan kuasanya di bawah subseksyen 30(1), menghendaki orang yang diluluskan itu supaya memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2)

Mana-mana orang yang diluluskan yang gagal untuk memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Biokeselamatan 33

Report

Bahagian V

Laporan Penilaian Risiko dan Pengurusan Risiko dan Pelan Gerak Balas Kecemasan

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules