Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bahagian II · Bank, Matlamat dan Fungsinya

3. Bank yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958

Feedback & support
(1)

Walau pun Akta Bank Negara Malaysia 1958 dimansuhkan oleh seksyen 99, pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah

Akta dimansuhkan di bawah nama “Bank Negara Malaysia” atau, dalam bahasa Inggeris, “Central Bank of Malaysia” hendaklah terus wujud di bawah dan tertakluk kepada peruntukan Akta ini.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

(2)

Bank ialah pertubuhan perbadanan yang sama yang ditubuhkan di bawah Akta dimansuhkan.

(3)

Bank hendaklah terus kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya sendiri.

(4)

Bank hendaklah mempunyai Ibu Pejabatnya di Kuala Lumpur dan boleh membuka cawangan dan melantik ejen dan koresponden di dalam atau di luar Malaysia.

(5)

Bank boleh, melalui surat cara, di bawah meterai perbadanannya, melantik seseorang sama ada di dalam atau di luar

Malaysia untuk menjadi wakilnya, dan orang yang dilantik sedemikian boleh, tertakluk kepada surat cara itu, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukan atau melaksanakan.

Report

Bahagian III

Peruntukan Kewangan

Bahagian IV

Tadbir Urus Bank

Bahagian V

Fungsi dan Operasi Monetari Bank

Bahagian VI

Fungsi Kestabilan Kewangan dan Kuasa Bank

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bahagian VII

Perniagaan Kewangan Islam

Bahagian VIII

Mata Wang

Bahagian IX

Rizab Luar Negara

Bahagian X

Hubungan Dengan Kerajaan

Bahagian XI

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Pegawai dan Pekerja

Bahagian XIV

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules