Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bahagian XI · Kuasa Bank yang Lain

73. Pematuhan Shariah

Feedback & support
(1)

Bank boleh, dalam melaksanakan matlamatnya, menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, membuat apa-apa perkiraan atau mengambil apa-apa langkah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Shariah untuk memastikan bahawa apa-apa fungsi, urusan atau hal ehwal itu adalah mengikut Shariah.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), jika apa-apa perkiraan atau langkah di bawah subseksyen (1) menghendaki —

(a)

penubuhan suatu perbadanan atau suatu perkongsian;

(b)

supaya apa-apa aku janji komersial, pertanian atau perindustrian dibuat; atau

(c)

transaksi yang melibatkan perdagangan, bailmen, jualan, belian, pajakan atau jualan dan pajakan semula, agensi, endowmen atau perniagaan atau urus niaga lain yang melibatkan perkhidmatan, harta intelek, komoditi, aset atau harta lain, yang dilarang atau tidak dibenarkan oleh Akta ini, Bank boleh, hanya bagi maksud untuk menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya menurut Shariah, membuat apa-apa perkiraan atau mengambil langkah itu.

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

Report

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Pegawai dan Pekerja

Bahagian XIV

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules