Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bab 2

43. Kaedah, garis panduan, dsb., bagi pasaran wang, dsb

Feedback & support
(1)

Bank boleh mengeluarkan kaedah, kod, piawaian, prinsip atau garis panduan bagi maksud pengawalseliaan, pembangunan, atau pemeliharaan keadaan yang teratur atau integriti, pasaran wang, pasaran pertukaran asing atau pasaran bagi terbitan yang berkaitan dengan mata wang, sekuriti dan instrumen kewangan lain yang diniagakan dalam pasaran-pasaran ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah, kod, piawaian, prinsip atau garis panduan boleh dikeluarkan berkenaan dengan pasaran wang, pasaran pertukaran asing atau pasaran bagi terbitan yang berkaitan dengan mata wang, sekuriti dan instrument kewangan lain yang diniagakan dalam pasaran-pasaran ini—

(a)

untuk memastikan urus niaga yang teratur dalam pasaran itu;

(b)

untuk mengenakan obligasi dan kewajipan kepada peserta pasaran itu atau apa-apa sistem yang ditubuhkan atau dikendalikan, termasuk yang ditubuhkan atau dikendalikan menurut subseksyen 44(1); dan

(c)

atas penerbitan atau pemerolehan, pegangan atau pelupusan instrumen kewangan dalam pasaran itu.

(3)

Bank boleh, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Bank, melantik suatu organisasi kawal selia sendiri yang ditubuhkan bagi pasaran pertukaran asing atau pasaran bagi terbitan yang berkaitan dengan mata wang, sekuriti dan instrumen kewangan lain yang diniagakan dalam pasaran-pasaran ini bagi maksud—

(a)

menggalakkan pengawalseliaan, pembangunan dan pemeliharaan keadaan yang teratur atau integriti pasaran itu; dan

Bank Negara Malaysia 55

(b)

memberikan apa-apa bantuan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) atau dalam menjalankan apa-apa kuasa bagi pihak Bank.

(4)

Pelantikan yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah disiarkan dalam Warta.

(5)

Bank hendaklah membuat perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan di Malaysia untuk menyelaraskan pengawalseliaan terbitan atau instrumen kewangan dalam pasaran wang yang dalam penyeliaan dan pengawasan pihak berkuasa penyeliaan itu.

Report

Bab 3

Bahagian VII

Perniagaan Kewangan Islam

Bahagian VIII

Mata Wang

Bahagian IX

Rizab Luar Negara

Bahagian X

Hubungan Dengan Kerajaan

Bahagian XI

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Pegawai dan Pekerja

Bahagian XIV

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules