Akta Bank Negara Malaysia 2009 · Updated to 1 Nov 2020 · Bahagian XIV
86. Pemeliharaan kerahsiaan
Feedback & supportTanpa menjejaskan seksyen 88, dan kecuali bagi maksud melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya atau apabila dikehendaki dengan sah untuk berbuat demikian oleh mana-mana mahkamah atau di bawah mana-mana undang-undang, tiada seorang pun yang menjadi atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau pekerja
Bank atau anggota Majlis Penasihat Shariah atau mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta ini boleh menzahirkan kepada mana-mana orang apa-apa maklumat yang berhubungan dengan urusan atau hal ehwal Bank atau sesuatu institusi kewangan atau seseorang pelanggan Bank atau sesuatu institusi kewangan yang diperolehnya dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.