Akta Bank Negara Malaysia 2009 · Updated to 1 Nov 2020 · Bahagian XII · Perkara Antarabangsa
79. Kerjasama antarabangsa
Feedback & supportBank boleh—
(a)
menyertai apa-apa perkiraan, skim, program atau inisiatif dengan mana-mana bank pusat, pihak berkuasa monetari atau institusi kewangan antarabangsa atau pihak berkuasa lain di luar Malaysia untuk menggalakkan kerjasama
84 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
monetari, kewangan atau ekonomi secara dua hala, serantau atau antarabangsa; atau
(b)
dengan kelulusan Menteri atas syor Lembaga, membiayai atau memberikan pembiayaan secara keseluruhan atau sebahagiannya bagi perkiraan, skim, program atau inisiatif yang disebut dalam perenggan (a).