Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bab 3

48. Section 48

Feedback & support
(1)

Walau apa pun seksyen 76, Bank boleh—

(a)

menubuhkan pertubuhan perbadanan bagi maksud latihan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia berhubung dengan perkhidmatan perbankan dan kewangan;

(b)

menubuhkan pertubuhan perbadanan bagi maksud memberikan kaunseling kewangan, perkhidmatan pengurusan hutang dan pendidikan mengenai pengurusan kewangan;

(c)

menubuhkan pertubuhan perbadanan atau memperoleh, memegang atau menjual syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, untuk mengendalikan sistem pembayaran atau mengeluarkan instrumen pembayaran, dan menjalankan apa-apa fungsi atau aktiviti tambahan atau sampingan yang lain, bagi maksud menggalakkan dan membangunkan sistem pembayaran dan instrumen pembayaran di Malaysia;

Bank Negara Malaysia 61

(d)

menubuhkan pertubuhan perbadanan atau memperoleh atau memegang syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi maksud subperenggan 32(1)(c)(i), (ii) atau (iii);

(da)

menubuhkan suatu pertubuhan perbadanan atau memperoleh atau memegang syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi maksud menjalankan fungsinya sebagai suatu institusi perantaraan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dikuatkuasakan oleh Bank; dan

(e)

dengan kelulusan Menteri atas syor Lembaga, dan tertakluk kepada seksyen 50, menubuhkan pertubuhan perbadanan atau memperoleh, memegang atau menjual syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi maksud melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Bank boleh—

(a)

memberi, menderma atau menyediakan pembiayaan sebagaimana yang perlu bagi penubuhan atau pengendalian suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(a) dan (b) dan mewujudkan dan menguruskan suatu dana untuk memenuhi perbelanjaan pertubuhan perbadanan itu;

(b)

menyediakan pembiayaan sebagaimana yang perlu bagi penubuhan atau pengendalian suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(c) atau (d); dan

(b)

tertakluk kepada seksyen 50, menyediakan pembiayaan sebagaimana yang perlu bagi penubuhan atau pengendalian suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(e).

(3)

Bank hanya boleh menyediakan pembiayaan di bawah perenggan (2)(b) kepada suatu pertubuhan perbadanan yang

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(c) yang dimiliki sepenuhnya oleh Bank.

(4)

Bank hanya boleh menyediakan pembiayaan di bawah perenggan

(2)

(b)

kepada suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(d) yang dimiliki sepenuhnya oleh Bank atau dimiliki bersama oleh Bank dan Kerajaan.

(5)

Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] tidak terpakai bagi suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 1(d) dan (da).

Report

Bahagian VII

Perniagaan Kewangan Islam

Bahagian VIII

Mata Wang

Bahagian IX

Rizab Luar Negara

Bahagian X

Hubungan Dengan Kerajaan

Bahagian XI

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Pegawai dan Pekerja

Bahagian XIV

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules