Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bahagian XII · Perkara Antarabangsa

82. Peraturan-peraturan atau arahan untuk menunaikan obligasi antarabangsa Kerajaan di bawah Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu

Feedback & support
(1)

Jika

Majlis

Keselamatan

Bangsa-Bangsa

Bersatu memutuskan, menurut Perkara 41 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, mengenai langkah yang hendak diambil untuk memberi kuat kuasa kepada mana-mana keputusannya dan menghendaki Kerajaan

Malaysia supaya menerima pakai apa-apa langkah itu, Bank boleh, berhubung dengan langkah itu yang dalam fungsi dan tugas Bank, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan atau mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana institusi kewangan atau golongan institusi kewangan bagi membolehkan langkah itu diterima pakai dengan berkesan.

(2)

Mana-mana institusi kewangan yang baginya peraturan-peraturan dibuat atau arahan dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah mematuhi peraturan-peraturan atau arahan itu walau apa pun apa-apa kewajipan lain yang dikenakan ke atas institusi kewangan itu oleh mana-mana kontrak atau undang-undang atau perjanjian antarabangsa.

(3)

Mana-mana institusi kewangan tidak boleh, dalam menjalankan apa-apa tindakan sebagai mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat atau arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), dikira sebagai memungkiri mana-mana kontrak atau undang-undang atau perjanjian antarabangsa itu.

(4)

Mana-mana institusi kewangan yang tidak mematuhi subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

86 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

Report

Bahagian XIII

Pegawai dan Pekerja

Bahagian XIV

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules